Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 6 petang ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 6 petang ini:
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Kelantan: (Jeli dan Gua Musang)
Terengganu: (Dungun dan Kemaman)
Pahang: (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin)
Selangor: (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor)
Negeri Sembilan: (Jempol dan Tampin)
Melaka
Johor
Sarawak: Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Kapit (Song), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang
Sabah: Pedalaman (Sipitang, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu)
Orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan yang dijangka dibadai riput petir.