Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka berlaku hingga jam 7 malam ini.
Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada 4.45 petang itu melibatkan beberapa kawasan di 10 buah negeri di Malaysia.
Berikut adalah kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir;
Seluruh negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang pasu, Padang Terap. sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Prai Utara, Seberang Prai tengah dan Seberang Prai Selatan), Perak (Hulu Perak).
Di sebelah Pantai Timur pula, Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu (Besut, Setiu, hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman). Pahang (Kuantan).
Serta di Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, dan Jempol).
Manakala di Sabah (Pedalaman Sipitang dan Beuafort, Tawau, lahad Datu, Sandakan, Kinabatangan) dan Sarawak (kawasan Sibu, Mukah dan Kapit).

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang pulang dari tempat kerja atau yang mempunyai urusan di luar pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.
Sumber: MetMalaysia