Warga emas didakwa lakukan amang seksual, persediaan hasilkan pornografi kanak-kanak
JOHOR BAHRU, 20 Dis (Bernama) — Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dan dalam persediaan menghasilkan pornografi kanak-kanak, tiga tahun lepas.
lelaki berusia 67 tahun yang bekerja sebagai kelindan van sekolah, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di dalam sebuah van sekolah sekitar Mac 2019 hingga Julai tahun sama.
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Pertuduhan mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan maksimum penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail menetapkan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melaporkan diri sebulan sekali di balai polis, selain menyerahkan pasport serta tidak mengganggu mangsa dan keluarganya hingga kes selesai.
Kes akan disebut semula 25 Januari tahun depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Sumber: BERNAMA