Seorang wanita dilaporkan mengahwini sebatang pokok dalam salah satu upacara ‘bark-ing’ dan dia menyatakan bahawa cinta dia dan ‘suaminya’ itu masih teguh walaupun selepas bersama selama tiga tahun, memetik laporan Daily Star.
Menurut laporan, wanita yang berusia 37 tahun dan menetap di Merseyside, England itu telah berkahwin dengan pokok itu pada tahun 2019.
Wanita itu turut menegaskan bahawa walaupun perkahwinan mereka sudah memasuki usia tiga tahun, cinta dia dan suaminya itu masih teguh dan semakin kukuh menjelang sambutan Krismas pada bulan ini.
Kate Cunningham malah telah menukar nama keluarganya kepada Elder apabila dia berkahwin dengan pasangan sejiwa kayunya itu pada tahun 2019.
Kate merupakan seorang bekas guru dan dia selalu melawat ‘suaminya’ sehingga lima kali dalam tempoh seminggu. Dia juga turut menghiasi suaminya dengan dekorasi sempena sambutan Krismas.
Walau bagaimanapun, Kate mengatakan dia berlaku curang terhadap suami pokoknya itu. Hal ini dikatakan demikian kerana dia mempunyai seorang teman lelaki yang juga seorang manusia.
Sumber: Daily Star