Aneka kacang tidak kira apa cara olahannya ia tetap menjadi kudapan utama di atas meja setiap kali menjelang perayaan. Selain daripada sedap dan ranggup, kudapan ini antara sajian yang mudah untuk disediakan dan ramai yang menyukainya.
Sajian ini tidak pernah wujud istilah jemu. Bukan hari raya pun ia tetap ‘laris’ tambah-tambah bila ada anak-anak di rumah. Jadi, apa kata daripada membeli baik korang cuba sendiri resipi kacang goreng bawang putih yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Sabariah Bahasar.
Selamat mencuba!
Haritu uwan buat guna daun kari, habis dah pun. Jadi hari ni buat guna daun limau purut. Sedap lagi rupanya. Boleh buat untuk raya nanti.
KACANG GORENG BAWANG PUTIH
Gambar: Sabariah BahasarBAHAN A:
BAHAN B:
Cara-caranya
1. Ambil bawang putih cincang dan kacau dalam air garam 10 saat. Toskan.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Ketepikan
3. Basuh kacang dan bilas 4 atau 5 kali. Toskan.
4. Satukan air bawang putih kisar , daun limau yg di koyak koyakkan, santan, garam dan gula. Panaskan campuran ini.
5. Bila santan mendidih rasa masinnye … Boleh tambah jika perlu . Padam api dan tuangkan kacang tadi.
6. Rendam selama 2 jam dan pastikan kacang tenggelam. Jika kurang air, tambah air panas.
7. Toskan kacang, jangan bilas.
8. Panaskan minyak yang banyak dan goreng dengan api sederhana dan kacau selalu.
9. Bila nampak perang, angkat dan toskan minyak.
10. Sejukkan dalam dulang.
11.Tabur bawang putih goreng dan sedikit garam . Gaul rata.
Mudahkan, lebih jimat dan boleh makan berulang kali.
Sumber: Sabariah Bahasar