Seorang wanita dilaporkan telah mengembalikan cincin pertunangan kepada pasangannya kerana mendakwa bahawa cincin tersebut bernilai 10 peratus daripada gajinya, lapor Fox 32.
Cincin yang diperbuat daripada emas putih dengan bertatahkan batu berlian serta nilam itu dianggarkan bernilai sekitar $ 3,000 (RM 12154.50).
Susulan daripada itu, lelaki tersebut telah berkongsikan dilemanya itu di Reddit bagi bertanyakan pendapat warganet tentang adakah dia telah melakukan perkara yang salah iaitu hanya membelanjakan $ 3,000 untuk cincin pertunangannya itu.
Dalam perkongsiannya itu, dia menjelaskan bahawa walaupun gajinya agak besar, dia terpaksa berjimat kerana perlu membantu menampung ahli keluarganya yang dijangkiti COVID-19.
Dia juga turut difahamkan masih menampung adiknya yang kehilangan pekerjaan akibat daripada wabak pandemik ini.
Lebih buruk lagi, dia turut menyatakan bahawa syarikatnya telah mengumumkan bahawa 150 orang pekerja akan diberhentikan pada tahun depan, disebabkan itu dia harus berjimat cermat dengan perbelanjaannya walaupun dia menjangkakan bahawa dia tidak akan diberhentikan.
Walaupun cincin yang dibelinya itu hanyalah bernilai $ 3,000, ianya direka seperti mana yang pasangannya kehendaki. Dia bahkan turut menambah batu sapphire pada cincin tersebut sebagaimana yang diingini pasangannya itu.
Sejak pasangannya itu mengembalikan cincin tersebut, dia dilaporkan “menolak” untuk berbicara dengannya.
“Ibu bapanya menuduh saya menggunakannya dan memperlakukannya seperti sampah,” tulisnya. ” Saya telah cuba menjelaskan pendapat saya tetapi mereka tidak mahu mendengar dan menuntut sekurang-kurangnya 10% cincin itu.”
Sebilangan besar pengulas berpihak kepada lelaki itu, dengan pengulas teratas mempersoalkan tentang bagaimana $ 3,000 dianggap “murah.”
Manakala yang lain turut menyatakan bahawa harga cincin itu tidak semestinya penting.
“Sebagai pemakai cincin pertunangan yang berharga 400 dolar, saya tidak sanggup untuk membazirkan ribuan duit untuk barang kemas,” tulis seorang pengulas.
“Cincin adalah cincin. Cincin saya bernilai sekitar £ 500. Saya sangat suka dengan cincin saya. Ianya sudah cukup sempurna. Sekiranya suami saya menghabiskan lebih lagi saya akan berasa kesal terhadapnya.”
Pengulas lain bahkan berpendapat bahawa “peraturan” 10% adalah “taktik pemasaran yang direka oleh industri berlian,”, menurut The Knot.
Laman web perkahwinan menulis bahawa kartel berlian De Beers membuat kempen pemasaran pada tahun 1930-an yang meyakinkan lelaki bahawa jika mereka benar-benar mencintai pasangannya, mereka akan sanggup membelanjakan sekurang-kurangnya sebulan gaji mereka untuk cincin pertunangan.
Menjelang tahun 1980-an, jumlahnya meningkat kepada dua bulan gaji dan pada hari ini, ianya meningkat kepada tiga bulan gaji.
Sumber: FOX 32