Wanita Didakwa Bunuh Rakan Sekelas Anak, Cemburu Anak Gagal Dapat Nombor Satu
Pihak polis mengesyaki bahawa kematian seorang pelajar lelaki di Karaikal ada kaitan dengan minuman ringan yang diberikan oleh ibu rakan sekelasnya, lapor Hindustan Times.
Menurut polis, wanita tersebut disyaki meracun pelajar tersebut kerana cemburu dengan pencapaian mangsa di sekolah.
Pelajar lelaki berusia 13 tahun itu pulang ke rumah pada hari Jumaat kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas latihan untuk majlis tahunan sekolahnya, dan dia mula muntah-muntah sehingga mencemaskan ibu bapanya.
Menurut laporan polis yang difailkan oleh ibu mangsa, pelajar lelaki itu memberitahu ibunya bahawa dia jatuh sakit selepas mengambil minuman ringan di sekolah.
“Selepas pulang ke rumah pada sebelah petang, dia mula muntah. Dia berkata bahawa dia sakit selepas penjaga memberinya minuman sejuk,” menurut agensi berita ANI yang memetik kata-kata bapanya.
Selepas pulang ke rumah, pelajar itu bertanya kepada ibunya sama ada dia menghantar minuman ringan itu, kata pelajar itu kepada ibunya.
Ibu pelajar itu mengandaikan mungkin ada saudara yang telah memberikan minuman itu kepada pengawal keselamatan untuk diberikan kepada pelajar tersebut.
Pelajar kelas 8 itu dikejarkan ke hospital kerajaan Karaikal, di mana dia menerima rawatan. Keadaannya bagaimanapun bertambah teruk dan dimasukkan ke hospital pada lewat malam Jumaat.
Ekoran dari itu, keluarga pelajar lelaki tersebut telah kembali ke sekolah untuk mencari siapa yang telah memberi minuman itu kepada pengawal keselamatan.
Menurut pegawai polis, ibu kepada seorang rakan sekelas pelajar terbabit dilihat menyerahkan minuman itu kepada pengawal keselamatan dalam sebuah rakamanan CCTV sekolah.
Satu video yang memaparkan pelajar tersebut menyatakan bahawa rakan sekelasnya bertengkar dengannya kerana mangsa mendapat keputusan peperiksaan yang lebih baik daripada rakannya itu telah menjadi tular di media sosial.
Keluarga pelajar itu mendakwa dia diracun kerana ibu rakan sekelasnya cemburu dengan prestasi akademiknya.
Menurut ahli keluarga pelajar itu, pelajar lelaki tersebut sentiasa mendapat tempat pertama dalam kelasnya.
Keluarga pelajar lelaki itu dilaporkan telah membuat bantahan di luar hospital pada malam Jumaat dan mendakwa kecuaian dari pihak hospital.
“Kami berlari dari hospital ke balai polis dan dia tidak apa-apa sehingga jam 8 malam tadi. Polis tiba di depan kami dan kami tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena,” kata keluarga pelajar itu.
Pada mulanya polis memfailkan kes di bawah Seksyen 328 (menyebabkan kecederaan melalui racun dan sebagainya dengan niat) Kanun Keseksaan India.
Kemudian satu pertuduhan mengikut Seksyen 302 (membunuh) ditambah selepas pelajar lelaki itu meninggal dunia pada pagi Sabtu.
Tertuduh berusia 42 tahun telah ditangkap pada hari Sabtu, kata seorang Pegawai Kanan Polis, Karaikal R Lokeshwaran.
“Ia adalah satu kes pembunuhan yang jelas,” kata SSP lagi.
Menurut SSP itu lagi tertuduh mengakui telah mencampurkan pil julap yang dibelinya daripada seorang penjual ubat.
Ubat itu dikatakan akan menyebabkan cirit-birit tetapi laporan bedah siasat menemui kesan racun yang perlu disahkan.
Sumber: Hindustan Times
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”