Seorang lelaki nekad membelasah isterinya sehingga ‘separuh mati’ selepas wanita itu tak sengaja membuat panggilan video ‘FaceTimed’ ketika melakukan hubungan seks bersama dengan lelaki lain dalam sebuah kereta yang diparkir berhampiran sebuah hotel di Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Lelaki yang berusia 34 tahun itu mendakwa bahawa dia menerima panggilan video dari isterinya pada 21 September.
Berikutan daripada itu, dia segera meminta seorang rakannya untuk membawanya ke tempat letak kereta di hotel tersebut untuk bersemuka dengan isterinya.
Menurut polis, semasa suspek tiba di hotel tersebut, dia telah menemui isterinya yang berusia 32 tahun itu bersama dengan kekasihnya dan terus memukul dan menendangnya.
Suspek juga turut dilaporkan sempat memukul lelaki tersebut sebelum dia melarikan diri dari tempat kejadian.
Ekoran daripada insiden itu, wanita berkenaan dilaporkan mengalami lebam teruk, dan pendarahan yang teruk pada bahagian muka, hidung dan mulutnya.
Setelah ditangkap oleh pihak polis, suami yang berang itu menjelaskan bahawa isteri serta teman lelakinya telah ‘mendorongnya’ menerusi panggilan video tersebut.
Suspek kemudiannya memberitahu pegawai penyiasat bahawa dia hanya memukul isterinya itu menggunakan tangan yang terbuka dan bukan dengan penumbuk.
Namun begitu, saksi kejadian melaporkan yang mereka nampak suspek menendang wanita tersebut pada bahagian muka.
Menurut aduan kepada pihak polis, saksi yang menghubungi talian kecemasan berkenaan kejadian itu memberitahu operator bahawa mereka telah terdengar bunyi tembakan pistol semasa pergaduhan tersebut berlaku.
Walaupun begitu, tidak ada saksi yang ternampak siapa yang memegang pistol yang dimaksudkan itu.
Pihak polis menyatakan bahawa sepucuk pistol telah dijumpai di tempat kejadian dari dalam kenderaan yang membawa suspek, namun tidak ada peluru mahu pun kelongsong peluru ditemui dalam senjata berkenaan.
Ekoran daripada itu suspek berhadapan dengan tuduhan melakukan serangan dan merbahayakan.
Suspek kini ditahan di penjara daerah sebagai ganti ikat jamin yang bernilai AS$30,000 (RM125,550) kerana gagal membayar dan dijadualkan dibicarakan pada Selasa.
Sumber: Daily Mail