
Wanita Dedah Hampir Dilarang Menaiki Pesawat Gara-Gara Gambar Pasport Terlalu Cantik
Seorang wanita mendedahkan di TikTok miliknya bahawa dia hampir dilarang daripada menaiki penerbangannya atas sebab gambar pasport, lapor The SUN.
Penumpang bernama Alisha Marie dari LA itu dipercayai dalam perjalanannya untuk pergi ke Istanbul bersama seorang rakannya.
Menurutnya, kakitangan penerbangan hampir tidak membenarkannya menaiki pesawat kerana tidak mempercayai gambar di pasport miliknya merupakan dirinya yang sebenar.

Wanita yang juga pempengaruh media sosial itu dalam video muat naiknya sempat memberikan amaran kepada orang ramai.
Wanita itu menyatakan bahawa jangan sesekali ambil gambar pasport dalam keadaan sedang bersiap cantik kerana ia berisiko untuk kakitangan tidak mengenali anda.

Dia menjelaskan di TikTok: “Mereka hampir tidak membenarkan saya menaiki penerbangan saya.
“Sebab mereka kata saya tidak kelihatan seperti dalam pasport saya. Inilah sebabnya anda tidak boleh bersiap cantik kerana saya tidak kelihatan seperti ini.” kata Alisah sambil menunjukkan mukanya di pasport miliknya.
Ekoran muat naik Alisha itu, ramai yang mengatakan bahawa itulah sebabnya ramai yang tidak mengambil gambar yang bagus untuk pasport mereka.

“Sudah pasti tidak perlu berhias cantik untuk gambar pasport kerana saya akan kelihatan kepenatan selepas melancong,” tulis seorang netizen.
“Inilah sebab kenapa saya tidak berhias cantik untuk pasport atau gambar ID,” tulis seorang lagi.
“Saya berada di dalam bas dengan seorang gadis di sempadan Laos. Mereka tidak membenarkannya menyeberang kerana dia berhiasan cantik untuk gambar pasportnya,” tulis seorang lagi berkongsi pengalamannya.
Terdahulu, seorang pempengaruh di China dilaporkan kudung selepas dia dan rakannya diserang oleh lelaki bersenjatakan parang ketika sedang bersiaran langsung pada Selasa lalu.
Memetik Asianone, video kejadian yang berlaku di Xiamen, Fujian itu memaparkan pempengaruh tersebut sedang bercakap dengan penonton di sebuah kafe luar kampus.
Mereka kemudiannya didatangi oleh seorang lelaki bersenjatakan parang lalu menyerang mereka dari belakang secara tiba-tiba.
Kedua-dua mereka terkejut dan cuba melarikan diri daripada lelaki itu sambil dia terus mengamuk tidak tentu arah. Orang ramai yang lalu lalang turut menjerit ketakutan apabila menyedari apa yang berlaku di hadapan mereka.
BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat
Dalam sebuah klip, penyerang itu dilihat mengejar pempengaruh dan rakannya ketika mereka cuba berlari melintasi perkarangan.
Seorang netizen yang mendakwa sebagai rakan suspek berkata, sebelah tangan mangsa telah tercedera ketika dia cuba melindungi diri daripada serangan itu.
Sumber: The SUN