Walaupun banyak aset yang telah musnah ketika operasi di Ukraine, akibat tentangan daripada negara tersebut, namun dilapor masih mempunyai kekuatan yang tinggi untuk menawan ibu kota Kiev.
Memetik daripada laporan ABC News, walaupun Rusia kehilangan tentera, kenderaan darat dan pesawat banyak yang musnah dalam pertempuran, tetapi Pegawai Kanan Pertahanan Amerika Syarikat menganggarkan kira-kira 95 peratus kekuatan tentera Rusia di Ukraine masih utuh untuk meneruskan operasinya.
Difahamkan, hampir semua tentera Rusia yang berada di sempadan Ukraine telah berjaya memasuki negara tersebut.
Jelas pegawai itu lagi, pergerakkan tentera Rusia bagaimanapun dilapor perlahan ketika ini kerana berdepan tentangan sengit daripada tentera Ukraine, terutamanya dibahagian utara.
Rusia juga dilapor berdepan dengan kesukaran untuk mara di wilayah Chernihiv dan Kharkiv.
Setakat ini, wilayah paling jauh yang berjaya dicapai oleh tentera Rusia di Kyiv adalah Lapangan Terbang Hostomel yang menyaksikan pertempuran sengit berlaku.
Selain mendapat tentangan hebat tentera Ukraine, Rusia ketika ini juga berdepan dengan cabaran logistik seperti penghantaran bekalan makanan dan kekurangan bekalan bahan api.
Rusia juga dilapor mempertingkat serangan udara selepas melihat operasi darat yang dijalankannya berdepan dengan kesukaran.
Di bahagian selatan, terutamanya di Crimea dan wilayah berdekatan, Rusia dilapor tidak berdepan banyak kesukaran dan dilihat tiada masalah untuk meneruskan kemaraan.
Minggu lalu, Setiausaha Akhbar Pentagon, John Kirby telah mengumumkan bahawa penubuhan ‘garisan nyahkonflik’ dengan Rusia. Ia bertujuan untuk mengurangkan kekeliruan dan cuba meredakan ketegangan kerana ruang udara di Ukraine bersempadan dengan ruang udara dimana NATO beroperasi.
Sumber: ABCNews