Waktu solat subuh di negeri Perak akan ditambah sebanyak lapan minit daripada waktu solat subuh yang sedia ada berkuatkuasa pada hari sabtu ini bersamaan 18 Januari 2020.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Timbalan Mufti Negeri Perak, Dato Haji Zamri Bin Hashim, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak juga telah membuat keputusan bahawa hukum solat subuh yag telah dilaksanakan sebelum perubahan ini adalah sah dan tidak perlu diqadha.
Perubahan ini juga hanya melibatkan pada waktu subuh sahaja tanpa melibatkan waktu-waktu solat yang lain. Seluruh rakyat negeri Perak boleh merujuk kepada laman web atau laman Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak bagi mendapatkan waktu solat subuh terkini dan maklumat lanjut mengenai perubahan tersebut.
Sebelum ini, empat negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor juga telah menambah waktu solat subuh sebanyak lapan minit.
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Perak