Gambar: @topanjey

(Video)”Ya Allah, Lama Tak Tengok,” Jumpa Imej Arwah Ayah Nak Pergi Masjid Dalam ‘Google Street’ Undang Sebak

Amira

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Salah satu kerinduan yang paling menyakitkan ialah rindu kepada mereka yang telah tiada. Hanya gambar dan rakaman video sahaja boleh dijadikan kenangan untuk mengubat rasa duka di hati tatkala kerinduan datang menjengah.

Sesekali bila terjumpa gambar-gambar lama insan tersayang dalam simpanan, pasti teruja. Bagi seorang individu dengan nama @topanjey di TikTok, dia tidak menyangka kerinduannya terhadap kampung halaman mendorongnya terjumpa imej arwah ayahnya yang terakam aplikasi Google Street.

Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki lengkap berbaju putih dan berkopiah di hadapan rumah, dipercayai sedang bersiap untuk ke masjid.

“Mula-mula ingat nak street view rumah sebab rindu. Lepastu terjumpa (gambar) arwah ayah. Arwah ayah ada lagi masa ni. Masa ni ayah mesti nak pergi masjid. Kalau arwah sihat, mesti dia pergi masjid tiap waktu. Al-Fatihah..”

Rakaman itu telah menyentuh hati ribuan warga maya yang mendoakan allahyarham.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Saya dapat tengok rumah pun bengkak mata, inikan pulak nampak ayah bonda

Rindu nak balik jenguk mak abah

Sumber: @topanjey