Putrajaya, 29 Mei – Lambakan kenderaan dilihat menuju ke arah Pantai Timur dan menyebabkan kesesakan di Plaza Tol Gombak hari ini, lapor Bernama.
Situasi semasa di lokasi tersebut turut dikongsikan agensi berita itu di laman Twitter, memaparkan kenderaan berpusu-pusu menunggu giliran di sekatan jalan raya berdekatan plaza tol berkenaan.
Semalam, Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan lockdown menyeluruh bermula 1 Jun sehingga 14 Jun hadapan.
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk terus duduk di rumah jika tidak mempunyai urusan penting di luar serta mengamalkan SOP jika mempunyai tuntutan kerja.
Hari ini, Malaysia terus mencatatkan peningkatan kes COVID-19 dengan angka tertinggi, iaitu 9,020 kes baru.
Sumber: Bernama