Orang kata, kalau dah jodoh memang takkan ke mana. Biasanya mana-mana pasangan, mereka pasti akan ada sifat yang serasi dan berlawanan. Barulah dinamakan saling melengkapi, ye tak?
Ada pasangan yang sama-sama sukakan kucing, ada pula pasangan berbeza minat mereka. Tidak kisahlah macam mana sekalipun, kalau dah dah namanya jodoh, tetaplah bersama segalanya.
Tapi apa yang dikongsikan oleh Ryna Mohamad di TikTok baru-baru ini memang mencuit hati. Berdasarkan video tersebut, difahamkan, Ryna baru sahaja sah bergelar isteri kepada suaminya yang juga seorang tentera.
Dalam majlis resepsi itu, ketika pasangan mempelai bagai pinang dibelah dua ini mahu menuju ke pentas pelamin, kedua-dua mereka saling berpegangan tangan. Tapi yang menariknya adalah cara berjalan.
Mereka berdua berjalan dengan agak laju. Malah gaya berjalan pun seakan-akan sedang berkawad pula. Maklumlah, kahwin dengan askar kan. Jom tonton video ini.
Netizen pun terhibur
Rata-rata netizen terhibur dengan aksi mereka berdua. Jom baca apa kata netizen.



Sumber: TikTok Ryna Mohamad