Satu rakaman mendebarkan yang dipercayai berlaku di China memaparkan seorang wanita yang sanggup berkorban bagi membantu kanak-kanak daripada pintu kaca yang tiba-tiba terjatuh.
Menerusi video yang dimuat naik oleh South China Morning Post (SCMP), wanita itu memberitahu kanak-kanak yang tidak dikenalinya tersebut agar tidak menyentuh pintu itu.
Beberapa saat selepas itu, pintu tersebut tiba-tiba terjatuh dan dia cuba untuk menahannya dengan menggunakan tangan namun pintu itu terus menghempapnya dan menyebabkan wanita itu terperangkap di bawahnya bersama salah seorang kanak-kanak.
Wanita yang bernama Jiang Yan itu menyelamatkan kanak-kanak perempuan tersebut yang hanya mengalami kesan luka biasa.
“Saya tidak berfikir apa-apa selain untuk menyelamatkan mereka dengan naluri keibuaan,” katanya.
Dia kemudian dimasukkan ke dalam hospital dan dibenarkan discaj 12 hari selepas kejadian tersebut.
Sumber: SCMP