Hari ini tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan puluhan (malah mungkin ratusan) motosikal yang berhenti beramai-ramai di atas sebuah jambatan.
Berdasarkan perkongsian netizen, kejadian ‘pelik’ tersebut didakwa dirakam di atas Jambatan Pulau Pinang kira-kira petang tadi.
Merujuk video tular itu, ratusan motosikal tersebut terpaksa berhenti di bahu jalan di jambatan dipercayai disebabkan ribut serta angin yang terlalu kencang bertiup ketika itu.
Difahamkan, keadaan angin kencang tersebut agak berisiko, selain turut dikhuatiri boleh menjejas dan membahayakan keselamatan penunggang-penunggang motosikal berkenaan.
Selain itu merujuk video tersebut, keadaan di laut juga dipercayai agak bergelora berikutan angin kencang yang memukul ombak laut dengan kuat.
Menurut beberapa sumber netizen, dikatakan terdapat juga kawasan lain di sekitar Pulau Pinang yang turut terjejas, termasuklah kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan.
Sumber: awam