Atlet terjun China dilaporkan berjaya mencuri tumpuan para juri selepas mencatatkan markah sempurna dalam terjunannya yang kedua di pentas akhir acara 10m platform sukan Olimpik Tokyo 2020.
Quan Hongchan yang baru sahaja berusia 14 tahun itu berjaya melakukan terjunan yang sempurna selepas kesemua juri menganugerahkannya dengan 10 markah.
Terjunannya yang sempurna itu sekaligus telah meletakkan dirinya di tangga ketiga dengan jumlah mata sebanyak 178.50 selepas dua terjunan.
Sementara itu, atlet terjun negara iaitu Pandalela Rinong dilaporkan kini sedang berada di tangga kesembilan dengan mengumpul mata sebanyak 149.85 selepas dua terjunan.
Sumber: Astro Arena