Merealisasikan impian seseorang yang kita sayang merupakan detik yang cukup manis untuk dikenang dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi impian tersebut merupakan impian orang yang amat kita sayang.
Tiada kata yang boleh diungkapkan apabila melihat senyuman keriangan daripada insan yang kita sayangi apabila sesuatu yang diimpikan bakal menjadi nyata.
Menurut perkongsian di laman facebook milik Gavin Antonio, yang menyaksikan seorang lelaki yang begitu gembira apabila impian yang disimpan selama ini bakal tercapai.
Beliau telah menyimpan impian untuk menyaksikan perlawanan Liverpool secara langsung akhirnya bakal menjadi kenyataan.
Dia sering menyatakan sebelum meninggal dunia, dia perlu ke Anfield untuk menyaksikan perlawanan Liverpool. Kata-kata tersebut sering diucapkan setiap kali beliau menyaksikan perlawanan Liverpool di kaca televisyen.
Selain itu, selama 28 tahun beliau tidak mengembara keluar negara melainkan ke negara Thailand sahaja.
Pada mulanya beliau hanya menyangka mereka akan ke New Zealand untuk bercuti sahaja.
Namun setelah selesai meneliti kertas tersebut, beliau seperti hilang kata-kata apabila mengetahui bahawa mereka akan ke Liverpool untuk menyaksikan perlawanan antara Liverpool menentang Manchester United.
Dengan nada yang sangat gembira dan bibir yang tak lekang dengan senyuman, ungkapan “My Dream Come True” keluar daripada bicaranya.
Sumber: Gavin Antonio