Baru-baru ini keputusan UPU bagi permohonan masuk ke universiti peringkat sarjana muda sudah pun diumumkan.
Pasti ramai bakal-bakal siswa berasa begitu teruja dengan keputusan permohonan masing-masing.
Orang kata, dunia kehidupan di universiti ini lebih seronok berbanding sekolah.
Jadual tidak terlalu padat, banyak masa kosong yang boleh dimanfaatkan dengan aktiviti lain, peraturan yang lebih bebas dan sebagainya.
Tapi jangan dilupakan, dalam bilik kuliah pun pasti anda akan jumpa kawan-kawan yang berbeza ragamnya.
Ada yang rajin bertanya, ada yang ulat buku, ada yang suka bergosip dan banyak lagi.
Nak tahu lebih lanjut? Mari tonton video Tiktok yang dirakam dan dimuat naik oleh bekas Menteri Belia dan Sukan kita, Syed Saddiq di bawah ini.
Walaupun nampak kelakar, tapi di penghujung video ini terselit kata-kata semangat buat bakal siswa baharu ini nanti.
Selamat datang ke universiti buat siswa baharu semua!
Sumber: Syed Saddiq