
Ramai yang jatuh cinta dengan sikap manja haiwan bernama kucing ini. Oleh sebab itulah ia sering menjadi pilihan sebagai teman manusia tanpa mengira usia.
Setiap aksi dan gerak-gerinya sering membuatkan orang terhibur. Ada sahaja yang ingin ia lakukan untuk menarik perhatian tuannya.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter, @hnihmdn berkongsi video kucing manjanya yang bernama Serkam.
Dalam video dikongsikan Hani, kucing putih itu dilihat cuba meraih perhatian ibunya yang sedang bersolat.
Perlahan-lahan, Serkam memanjat si ibu yang berada di tahiyat akhir dan tidur di atas riba wanita berkenaan.
Sumber: Hani