Balikpapan, 22 Nov – Skuad bola sepak Malaysia sekali lagi menumpaskan Indonesia di gelanggang sendiri, kali ini dalam perlawanan separuh akhir Asian School Football Championship (ASFC U-18) di Stadium Batakan, di sini semalam.
Hasrat pasukan junior Indonesia untuk menebus kekalahan pasukan senior di Bukit Jalil tempoh hari terkubur apabila skuad Malaysia telah berjaya mengalahkan Garuda muda dengan mata 5-3 biarpun dengan hanya 10 orang pemain menentang 11 orang lawan setelah salah seorang daripada mereka dilayangkan kad merah.
Mereka turut berhadapan tekanan dari kira-kira 40,000 orang penyokong pihak tuan rumah yang membanjiri stadium berkenaan, bahkan menerima provokasi pihak lawan yang membaling botol ke padang.
Bukan itu sahaja, mereka berjaya mara setelah ditinggalkan 1-0 oleh Indonesia pada babak pertama perlawanan dengan mengimbangkan mata 1-1 pada minit ke 51.
Pasukan Malaysia bakal berhadapan pasukan Thailand di peringkat akhir. Sebelum ini, pasukan Thailand telah menewaskan Korea Selatan dengan mata 1-0 pada perlawanan separuh akhir semalam.
Jom kita tonton detik penalti yang menumbangkan skuad Garuda. Tahniah Malaysia!
Sumber: Tribun News