Baru-baru ini berlaku satu kejadian epik melibatkan seekor gajah Afrika yang memijak buaya yang ‘mengintai’ anaknya sebelum menyerang di tebing Sungai Zambezi, Zambia.
Rakaman aksi ganas sang gajah tersebut yang menumpaskan buaya berkenaan sehingga mati itu dirakam pelancong, Hans Henrik Haahr.
Pada permulaan rakaman memaparkan buaya tersebut menyambar di bawah permukaan air.
Namun beberapa ketika kemudian, gajah itu berjaya mengangkat buaya tersebut dari air hanya dengan menggunakan belalai dan ekor sebelum menendangnya dengan kuat.
Aksi buaya yang nampak ganas pada permulaan akhirnya bertukar lemah setelah diperlakukan sebegitu teruk oleh gajah.
Akhirnya buaya itu tidak mampu melawan lagi, lalu mati serta-merta di tempat kejadian.
Sementara itu, syarikat safari Baines River Camp menyatakan, kejadian itu adalah salah satu pertarungan dramatik yang berlaku antara dua fauna terbesar di Afrika.
“Mungkin ini adalah serangan balas dendam yang didorong oleh pemangsa sebelumnya, iaitu serangan buaya kepada kawanannya yang masih muda atau yang lebih besar sebelum ini.
“Walaupun rakaman ini mungkin sukar untuk ditonton, ini menunjukkan betapa sukarnya kehidupan di gurun,” kata syarikat itu.
Sumber: Daily Mail