Tular satu video dimana Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menzahirkan penghargaan dalam keadaan sebak buat semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memastikan penularan pandemik Covid-19 dikawal.
Video yang tular di laman Twitter berdurasi satu minit itu sangat memberi kesan yang mendalam kepada rakyat Malaysia.
Dalam video tersebut, baginda bertitah sambil mengeluarkan suara bergetar sebak dan memberi satu ‘aura’ positif kepada rakyat Malaysia
“Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebahagian, keamanan dan kemakmuran kepada rakyat dan negeri “
Kepada petugas yang membuktikan semangat kerja dan pengorbanan yang tinggi atas nama negara demi kepentingan negara. Sebagai penghargaan, marilah kita sama-sama berdiri untuk berikan tepukan kepada wira-wira negara.
Sumber: Twitter Ateen’s words