
Tular di laman Twitter sebuah video tentang sepakan ‘terlajak’ di sebuah padang bola sepak sehingga melepasi pagar dan masuk ke dalam sebuah lori yang bergerak di jalan tersebut.
Video yang mendapat lebih 24,000 tanda suka dan lebih dari 300 ribu tontotan ini mula tular di media sosial hari ini. Terbaru, pemilik lori yang bernama Pok Din telah memberikan semula bola tersebut kepada sekumpulan remaja ini.
Menerusi video ini, ia sukar mengambarkan sama ada kesian atau terhibur dengan kejadian tersebut.

Mereka sempat bergambar dengan pemandu lori yang bernama Pok Din di sebuah kawasan kuari dan remaja tersebut mengucapkan rasa syukur.
Sumber: Irfan Rafiuddin