Pelakon yang terkenal dalam filem bertemakan polis, Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra atau lebih dikenali sebagai Sheera Iskandar selamat melangsungkan pernikahannya dengan pilihan hati, Mohd Halim Abdul Gani semalam.
Majlis yang diadakan secara sederhana itu turut dihadiri ahli keluarga dan beberapa rakan artis termasuk Abby Abadi, Salina Saibi, Farid Amirul serta Datuk Yusof Haslam.
Acara serba ringkas itu telah mendapat respon positif orang ramai yang memuji pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai topeng muka dan mengehadkan bilangan jemputan.
Malah, ada antara ahli keluarga pasangan pengantin juga hanya menyaksikan majlis berkenaan secara maya melalui aplikasi Google Meet.
Dewan pula kelihatan tidak penuh dengan kehadiran tetamu yang terlalu ramai, membolehkan penjarakan sosial berlaku.
Selain itu, pasangan pengantin turut dilihat hanya menggunakan isyarat tangan di dada bagi mengelakkan bersalaman dengan tetamu.
BACA: Produk Elektrik Berkualiti ‘Harga Kayangan’? Jangan Risau, Guna ‘Trik’ Ini
BACA: Anda Boleh Dapat Bekalan Runcit Percuma Selama Enam Bulan, Ini Caranya






BACA: Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’