Siapa je yang tak kenal dengan Khaby Lame? Seorang personaliti media sosial yang cukup terkenal dengan gaya ‘tunjuk tangannya’ apabila menjelaskan solusi untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Boleh dikatakan kebanyakan kekeliruan yang wujud di dunia ini boleh diselesaikan mengikut teknik mudah yang diajarinya. Hatta nak potong buah epal guna pemotong pun, Khaby mesti ada cara yang lebih senang.
Namun, baru-baru ini kelibat individu itu dilihat bagaikan sedang ‘mengamuk’ apabila menyelesaikan satu lagi ‘masalah’ yang sebenarnya boleh dilakukan dengan mudah.

Pada awalnya, video yang dimuat naik itu memaparkan aksi seorang penunggang basikal yang tidak dapat teruskan kayuhannya, gara-gara tayarnya terbenam dalam lumpur dan sukar untuk bergerak.
Justeru, penunggang tersebut pun mengeluarkan sejenis alat bantuan berwarna hijau. Fungsinya mudah, alat tersebut perlu diletakkan di depan tayar yang tersangkut itu supaya permukaannya yang kering akan membolehkan tayar itu bergeser dengan sempurna.
Sejurus Khaby melihat video itu, reaksinya seakan agak marah kerana menganggap kaedah itu agak merumitkan, selain dirasakan ada solusi yang jauh lebih mudah daripada teknik lelaki tersebut.
Khaby juga turut menggayakan aksi seakan bengang sampai dia hempas kayu contoh (untuk demonstrasi) yang ada di tayarnya. Rupa-rupanya, reaksi ‘mengamuk’ itu adalah sekadar untuk mempamerkan bahawa perkara yang sebegitu mudah boleh dibuat tanpa perlu bazirkan tenaga dan masa.
Nak tahu macam mana Khaby punya ‘mengamuk’? Jom tonton video ini. Semoga terhibur!
Sumber: TikTok Khaby Lame