Seekor penyu dilaporkan telah bertelur di Pantai Batu Burok pada malam tadi.
Menurut Bernama, kehadiran penyu di pantai yang menjadi tumpuan orang ramai itu sememangnya sudah sekian lama dinantikan.
Difahamkan, sebanyak 50 biji telur penyu itu telah dikutip oleh aktivis pemuliharaan penyu sebelum diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.
Kehadiran penyu itu mengujakan penduduk sekitar kerana difahamkan amat jarang sekali untuk penyu bertelur di pantai itu.
Sumber: Bernama