Sepanjang duduk dekat rumah ni korang ada tengok tak keadaan sekeliling? Manalah tahu ada benda-benda yang perlu dibaiki atau diubahsuai seperti dinding rumah.
Kebiasaannya, dinding rumah akan mudah berkapur atau berkulat. Percayalah, sebagus mana pun cat yang digunakan, lama-kelamaan ia pasti akan tetap memudar juga.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, @MumuMellow, ada berkongsikan mengenai keadaan dinding rumahnya yang berkapur.
Menerusi video itu, dia juga menerangkan mengenai punca-punca yang menyebabkan dinding berkapur.
Apa punca dinding berkapur?
Menurutnya, ia mungkin disebabkan oleh kadar kelembapan pada dinding tinggi iaitu sama ada berpunca dari air bawah tanah meresap ke dalam dinding atau ada kebocoran paip.
Tidak cuma itu, undercoat yang dicampurkan kapur untuk menaikkan seri warna putih (untuk rumah baru) dan tidak menggunakan undercoat sebelum mengecat juga menjadi salah satu punca utama.
Dinding juga boleh berkapur disebabkan oleh kualiti cat yang rendah dan mencampurkan air terlalu banyak pada cat.
Bagaimana pula cara mengatasi masalah tersebut? Menurut MumuMellow, korang boleh membasahkan kain dan lap pada bahagian dinding yang berkapur itu.
Pun begitu, ia tidak akan hilang begitu sahaja, setelah beberapa lama ia akan muncul semula. Justeru, dinding itu seharusnya dicat semula mengikut citarasa masing-masing.
Kalau korang nak tahu lebih jelas lagi, jom tengok video TikTok dekat bawah ni.
Sakit mata tengok dinding berkapur
Diharapkan perkongsian ni boleh membantu korang untuk hilangkan masalah dinding berkapur ini. Semoga bermanfaat.
Sumber: MumuMellow