Satu rakaman yang menunjukkan telatah seekor rakun bersama dengan gula-gula kapas telah menjadi tular di media sosial.
Rakaman tersebut bermula dengan rakun berkenaan ambil sepotong gula-gula kapas yang diletakkan di atas batu.
Selepas mengambil gula-gula kapas itu, rakun tersebut cuba membawanya ke dalam air.
Namun kerana sifat gula-gula kapas yang cair selepas terkena air, gula-gula kapas yang diambil rakun tersebut terus lesap daripada genggamannya.
Rakun tersebut kemudiannya dilihat seakan menggelabah dan terkapai-kapai mencari gula-gula kapasnya yang hilang itu namun tidak dijumpai.
Pun begitu, menerusi video kedua yang dikongsikan, rakun itu berjaya juga menikmati gula-gula kapas tersebut selepas belajar daripada kesilapannya yang pertama tadi.
Video tersebut telah menjadi tular di media sosial, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 100 ribu kali oleh warganet.
Sumber: @AnimalsWorld