Taufan Phanfone yang berlaku di Filipina memperlihatkan angka kematian terus meningkat iaitu seramai 28 orang dan 12 orang dilaporkan hilang.
Turut dikenali sebagai Taufan Ursula, ia mula ‘menyerang’ di Wilayah Timur Samar pada selasa lalu sehingga menyebabkan hujan lebat dan ribut yang luar biasa.
Phanfone terus ‘merebak’ merentasi pulau-pulau di wilayah Visayas Timur, selatan Luzon dan Visayas Barat pada rabu yang memperlihatkan tiang dan pokok elektrik terbalik, bumbung roboh, rumah rosak dan menyebabkan gangguan perjalanan yang meluas dalam tempoh perayaan Krismas yang sibuk.
Beberapa kawasan pelancongan, termasuk pulau peranginan popular di Boracay juga mengalami kerosakan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo juga ditutup sementara dan penerbangan dibatalkan selepas taufan itu merosakkan bumbung bangunan terminal.
Menurut Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC), lebih dari 185,000 orang telah terjejas oleh taufan itu dengan lebih 43,000 orang berlindung di pusat pemindahan.
Susulan kejadian itu, media sosial seperti Twitter dibanjiri dengan video yang menunjukkan detik-detik semasa berlakunya taufan tersebut.
Sumber: ANINews, Twitter