(Video) “Punyalah Excited Nak Try Perisa Pandan..,” Ingatkan Dah Betul, Ramai ‘Geram’ Silap Beli Roti Gardenia Ini

Sofea

Sebut saja mengenai roti Gardenia, mesti dah boleh terbayang kelembutan dan keenakannya. Ia menjadi salah satu jenama yang popular di negara ini.

Dimakan dengan pelbagai cara, roti putih Gardenia boleh dianggap sebagai legend dan sentiasa menjadi pilihan ramai.

Selain roti putih, Gardenia juga turut mengeluarkan pelbagai lagi jenis roti yang boleh dimakan begitu saja termasuk Butterscotch, Choco Raisin dan Honey Wholemeal.

Terbaru, Gardenia telah memperkenalkan roti perisa pandan kelapa yang nampaknya kini menjadi ‘buruan’ ramai.

Punyalah semua berebut nak rasa roti perisa baharu ini sampai ada yang tersilap beli.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok, @Sysenaa_, dia meluahkan rasa teruja ketika membeli roti itu tetapi rupa-rupanya dia tersilap tengok dan sebenarnya telah membeli roti putih yang dilekatkan label iklan roti perisa pandan.

Ternyata bukan dia seorang saja yang tersilap tengok, ramai rupanya yang turut melakukan hal sama.

Bagaimanapun, menerusi video terbarunya, dia akhirnya berjaya membeli roti perisa pandan itu.

Sumber: Sysenaa_