Video berdurasi 2 minit 50 saat memamparkan seeokor gajah merosakkan peralatan dipercayai untuk mencari makanan di dalam kawasan kem milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu tular di media sosial.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak bagaimanapun mengesahkan video yang tular tersebut adalah kejadian seekor gajah menceroboh Kem Sri Banding di Gerik.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata gajah itu menceroboh gudang simpanan rangsum tentera di kem berkenaan.
Namun, pihaknya tidak pasti bila sebenarnya kejadian itu berlaku kerana ia kerap terjadi.
Tambahnya lagi, kemungkinan pagar elektrik di kem berkenaan rosak menyebabkan gajah boleh masuk ke kawasan itu. Beliau turut menasihatkan pihak kem untuk tidak membuat sebarang provokasi sekiranya terserempak dengan haiwan liar terbabit.
Sumber: Sinar Harian