Penduduk Taman Bagan Kurnia, Kuala Lukut terpaksa melalui detik-detik cemas apabila puting beliung yang membawa angin kuat membadai kawasan perumahan mereka kira-kira 10.30 pagi tadi.
Menurut laporan ringkas Bernama, angin puting beliung seperti yang dirakam dan dimuat naik ke Twitter sebentar tadi didakwa turut mengeluarkan bunyi yang menakutkan.
Difahamkan, rakaman video memaparkan fenomena puting beliung yang mengganas itu dirakam oleh salah seorang penduduk di taman perumahan tersebut, Ardila Alia Mohd Ali.
Di bawah ini adalah beberapa rakaman video serta gambar situasi yang dilaporkan di Twitter Bernama. Berita penuh mengenai kejadian tersebut bakal menyusul dalam laporan selanjutnya.
Berikut pula adalah gambar-gambar suasana selepas kejadian yang dirakam oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan.
Gambar: APM NS/Bernama
Gambar: APM NS/Bernama
Gambar: APM NS/Bernama
Gambar: APM NS/BernamaSumber: Bernama