Korang mesti pernah rancang dengan adik-beradik untuk surprisekan mak ayah korang kan? Mesti rasa seronok sangat dapat gembirakan hati mereka.
Tak tergambar perasaan ibu dan ayah apabila anak-anak mereka tiba-tiba buat surprise. Mesti akan jatuh air mata kan?
Sebagai anak, sudah pasti kita akan cuba sehabis baik untuk menggembirakan hati kedua ibu bapa kita.
Tidak ketinggalan juga bagi pemilik akaun TikTok @axlong dan adik-beradiknya yang telah merancang surprise untuk mak ayahnya.
Menerusi perkongsian video itu, dapat dilihat seorang lelaki sanggup menyamar menjadi seorang waiter. Lelaki itu juga dilihat menulis order pelanggannya dengan cara melukis menu tersebut di dalam kertas.
Hal ini membuatkan wanita di dalam video tersebut berasa pelik dengan tingkah laku waiter itu. Bukan itu sahaja, lelaki yang berkopiah itu turut berasa pelik dengan tingkah laku waiter itu.
Apabila waiter itu membuka facemask miliknya, wanita itu terkejut ketika melihat wajah lelaki tersebut. Ternyata yang mengambil order mereka adalah anak lelaki mereka yang dikatakan sudah hampir 3 tahun tidak berjumpa.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut anda bolehlah menonton perkongsian video di bawah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa terharu selepas menonton perkongsian video itu.
Kredit: TikTok AX Long
Kredit: TikTok AX Long
Kredit: TikTok AX Long
Kredit: TikTok AX Long
Kredit: TikTok AX LongSumber: TikTok AX Long