Sebagai pelajar universiti, waktu penghujung semester adalah yang paling hectic kerana kebanyakannya bakal menduduki peperiksaan akhir. Bila masuk ‘fasa’ ni, maka ramailah yang muat turun kertas peperiksaan akhir semester-semester sebelumnya untuk ulangkaji.
Kertas-kertas soalan untuk peperiksaan akhir ni selalunya dah tersedia dalam pengkalan data universiti dan boleh diakses oleh pelajar universiti masing-masing. Tapi ada juga sesetengah universiti yang tak sediakan data terbuka untuk para pelajar muat turun past year paper ni.
Bagi para pelajar universiti yang nak dapatkan past year paper untuk ulangkaji tapi tak tahu mana nak cari, video yang diunggah oleh pengguna TikTok @md.syaidi ni mungkin boleh bantu korang. Video ini mendapat 151.3 ribu tontonan di TikTok setakat ini.
Nak cari pun senang je, tinggal pilih nama universiti korang yang kebanyakannya dah tersenarai di laman web ni. Soalan dari universiti lain pun korang boleh rujuk melalui laman web yang sama.
Selain past year paper, ada juga dokumen-dokumen lain seperti contoh projek tahun akhir, kerja kursus dan soalan tutorial. Sesetengah soalan dalam laman web ni siap ada contoh jawapan yang boleh korang rujuk untuk ulangkaji. Nak tahu apa laman web ni, tonton video penuh di bawah.
Sumber: TikTok @md.syaidi