Mesti kita pernah terfikir kan, bagaimanalah agaknya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan bekerja setiap hari?
Bagi kita yang normal, segalanya agak mudah kerana kita masih mampu melihat. Tapi bagi mereka, mereka pun ada kelebihan sendiri yang Allah kurniakan untuk melihat dunia daripada ‘mata’ mereka sendiri.
Menerusi laman Facebook BuzzFeed Canada, seorang wanita ini menceritakan bagaimana dia menjalani rutin kehidupan sehariannya dengan lancar – walaupun buta.
Individu OKU penglihatan dari Britain, Lucy Edward ada berkongsi banyak rakaman video tentangnya menerusi akaun TikToknya sendiri, @lucyedwardsbklind.
Malah walaupun tidak sempurna seperti kita semua, dia juga mampu membina saluran Youtube peribadi dan menjadi salah seorang Youtuber terkenal di Britain.
Apa kata kita tonton videonya ini dulu.
Sumber: Buzz feed Canada / TikTok