(Video) Saintis Kongsi Video Simulasi Mudah Faham Bagaimana ‘Droplet’ Batuk Tersebar

Aina

Para saintis telah mencipta satu video yang menunjukkan bagaimana wabak Covid-19 ini boleh tersebar melalui ‘droplet’ di antara dua rak barangan di pasar raya.

Pakar daripada Universiti Aalto di Finlad telah memberi amaran melalui penghasilan video animasi ini supaya orang ramai lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekitar.

Menurutnya, “Seseorang yang dijangkiti Covid-19 akan batuk dan berlalu pergi tetapi mereka akan meninggalkan partikel yang membawa wabak itu. Partikel ini boleh menjangkiti sistem pernafasan orang lain,” kata Pembantu Universiti Aalto, Profesor Ville Vuorinen.

Dalam pada itu, Institut Kesihatan dan Kebajikan Finland mencadangkan agar orang ramai kekal di rumah jika tidak sihat dan mengekalkan jarak fizikal dengan semua orang.

Arahan juga termasuk batuk didalam lengan baju atau pada tisu dan sentiasa menjaga kebersihan tangan serta badan.

Sumber: Dailymail