Menerusi perkongsian sebelum ni, kita sudah ketahui petua untuk menyimpan benih nanas iaitu dengan mengeringkan mata akar dan biarkan akar keluar.
Jadi, sebelum benih nanas ditanam, terdapat petua yang boleh dilakukan bagi mengelakkan benih nanas diserang kulat iaitu mencelup benih nanas.
Berdasarkan perkongsian oleh Syahman Abu Hasan ini, bahan yang diperlukan ialah racun kulat Antracol 70 wp (untuk pencegahan kulat dari peringkat benih) dan racun serangga Mapa Malathion 57.


Proses menyediakan air celupan:
Timbang 20 gram racun kulat
Masukkan racun kulat ke dalam 20 liter air bersih
Kacau dan sebatikan
Masukkan 2 penutup racun serangga ke dalam bancuhan
Kacau hingga betul-betul sebati
Pindahkan benih nanas ke lokasi lebih selamat untuk dicelup
Proses mencelup benih nanas:
Lakukan celupan keseluruhan benih nanas
Keringkan semalaman
Tutup sementara dengan daun pisang (elak terkena sinaran matahari)
Baki air celupan boleh digunakan untuk pokok lain
Ikuti proses penuhnya di video ini.
Sumber: Syahman Abu Hasan