Salah sebuah kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal yang pernah merangkul pelbagai kejuaraan terus dihurungi mimpi ngeri apabila dibelasah teruk oleh penyandang juara, Manchester City di Stadium Etihad sebentar tadi.
Setelah perlawanan menentang skuad Manchester City selesai, Arsenal kini secara rasminya telah tewas kesemua tiga aksi awal pada musim ini.
Nama-nama besar seperti Ilkay Gundogan, Ferran Torres dan Gabriel Jesus berjaya menjaringkan gol dengan mengambil kesempatan ketiadaan Granit Xhaka yang dibuang padang selepas mengasari Joao Cancelo.
Rodri telah menambah penderitaan Arsenal selepas berjaya menyumbat gol keempat buat pasukannya.
Semasa gol keempat tersebut berjaya dijaringkan, suasana di Stadium Etihad menjadi riuh rendah apabila penyokong Arsenal yang ‘merantau’ ke stadium tersebut turut meraikan jaringan itu dipercayai kerana muak akan aksi longlai yang ditampilkan oleh skuad kendalian Mikel Arteta itu.
Dapat dilihat di dalam video yang berlegar di media sosial itu bahawa penyokong Arsenal sedang meraikan bersungguh-sungguh seolah-olah pasukan mereka yang menjaringkan gol tersebut.
Tidak terhenti di situ, Ferran Torres pula berjaya menjaringkan gol saguhati buat Manchester City bagi membantu pasukannya mengutip 3 mata penuh untuk perlawanan pada minggu ini.
Kekalahan tersebut sekaligus meletakkan pasukan Arsenal di tangga paling tercorot di dalam liga sementara Manchester City melonjak ke persada liga menerusi perbezaan jaringan.
Sumber: The Guardian