Sipi-sipi. Seorang lelaki bagaikan diberi peluang kedua apabila terselamat dari ditimpa kipas siling yang nyaris jatuh ke atasnya.
Dalam video dikongsikan @nrtniax, seorang lelaki sedang menunduk ke bawah meja ketika secara tiba-tiba sebuah kipas siling jatuh di atasnya. Tindakan tersebut menyebabkan lelaki itu terselamat apabila kipas berkenaan tidak terus menghempapnya, sebaliknya terjatuh ke atas meja.
“Kun fayakun, Allahuakbar!
“Nasib baik kawan abang aku tunduk nak ambil sticker. Ya Allah,” tulisnya.
Kejadian itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan orang ramai yang berasa ngeri menonton video tersebut.
Selalu terbayang ketika kecil
Alhamdulillah selamat
Guna tali keselamatan
Ada antara netizen turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa beringat.
Sumber: Tniax