Siapa sangka, terowong gelap dan menakutkan di Rawang ini merupakan jalan menuju ke tempat di mana terbentang sebuah pemandangan yang indah.
Rawang merupakan sebuah kawasan yang termasuk dalam daerah Gombak, Selangor. Di sini, terdapat sebuah lebuhraya pintasan berkembar tanpa tol sepanjang sembilan kilometer. Ia merupakan jalan pintas ke Bandar Rawang dan beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur.
Lebuh raya yang dikenali sebagai Jalan Pintas Rawang, Jalan Persekutuan 37, atau Lebuhraya Rawang-Serendah ini dirasmikan pada tahun 2017 dan merupakan jejambat dengan tiang tertinggi di Malaysia.
Walaupun ia hanyalah sebuah lebuhraya, anda mungkin memandang Jalan Pintas Rawang dari sisi berbeza selepas menonton video ini.
Video yang diunggah pengguna TikTok @shawnloong ini menunjukkan keindahan pemandangan dari pelbagai sudut berhampiran Jalan Pintas Rawang.
Video ini mendapat 504.6 ribu tontonan dan 52.5 ribu sukaan setakat ini.
Hanya perlu berjalan dan mendaki sedikit, tak rugi kan mengerah keringat untuk pemandangan secantik ini.
Sumber: TikTok @shawnloong