Umum percaya anak kecil boleh melihat apa yang kita tak dapat lihat khususnya makhluk halus. Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka melihat si anak bercakap seorang diri seakan-akan sedang berbual dengan rakan sedangkan tiada sesiapa di depannya.
Youtuber, The Khainis pernah berkongsi pengalaman serupa ketika mereka sedang bercuti di Cameron Highland.
Dalam video review makanan yang mereka kongsikan, tiba-tiba si kecil dilihat menegur dan berborak dengan sesuatu pada siling hotel.
Perkara ini tidak disedari mereka sehinggalah menonton semula video berkenaan.
Babak misteri bermula pada minit 9.14.
Sumber: The Khainis