Bila berada di rumah sendiri, sudah pasti kita mahukan privasi. Mesti rasa tak selesa kan bila ada orang nampak gerak-geri kita dalam rumah.
Di sebahagian ruangan di dalam rumah seperti bilik tidur dan ruang tamu, mungkin kita boleh tutup dengan langsir atau blinder untuk menghalang pandangan dari luar. Tapi macam mana pulak dengan dapur?
Untuk ruangan dapur, korang boleh cover dengan frosted tinted macam abang ni buat. Nak upah orang untuk pasang tinted ni mesti la kena keluarkan bajet sikit kan.
Jadi, pengguna TikTok @itsblacklegendz ni tunjukkan cara macam mana nak pasang sendiri frosted tinted di ruangan dapur. Video ini mendapat 11.1 ribu tontonan di TikTok setakat ini.
Nak dapatkan frosted tinted macam abang ni, boleh dapatkan di sini.
Sumber: TikTok @itsblacklegendz