Kebanyakan kita mungkin pernah menyertai persembahan semasa zaman sekolah, kan? Ingat tak lagi betapa bangganya bila nampak ibu dan ayah dalam ramai-ramai penonton di bawah pentas. Sekali jumpa, rasa nak lambai je terus dari atas pentas.
Itulah erti kebahagiaan bagi kanak-kanak. Tak perlu keluarkan modal besar, cukup dengan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa, sudah mampu buatkan mereka bahagia.
Sepertimana seorang bapa yang menghadiri persembahan anaknya di sekolah dipercayai di Indonesia ini. Jelas terpancar kasih sayangnya terhadap si anak dengan sokongan ditunjukkan. Malah, lelaki itu turut kelihatan berbangga dengan anaknya apabila merakam persembahan itu walaupun hanya menggunakan kamera telefon lama.
Video tersebut telah dimuatnaik semula di laman Instagram, @makassar_iinfo dan mendapat lebih 36,000 tanda suka selepas dua jam dikongsikan.
Video itu membuatkan orang ramai tersentuh hati serta terharu dengan tindakannya.
Berbahagialah kalian yang masih merasakan kasih sayang seorang ayah


Sihat terus bapak


Sedih; teringat ayah sendiri

Sumber: @makassar_iinfo