Tular satu video yang memaparkan satu kelibat berpakaian serba merah sedang bertenggek di atas sebatang pokok.
Lelaki yang ternampak kelibat tersebut dapat didengari berada dalam cemas dan panik.
Dia kemudiannya terus bertindak membacakan ayat suci Al-Quran selepas terserempak dengan kelibat yang memandang tepat ke arahnya itu.
Jika diteliti, kelibat tersebut dapat dilihat mempunyai mata yang berwarna merah seakan bercahaya.
Dalam video kedua, lelaki tersebut menyatakan bahawa sejurus kelibat tersebut kelihatan, angin yang kencang secara tiba-tiba bertiup di kawasan berkenaan.
Tidak dapat dipastikan tentang kesahihan video tersebut, namun video itu telah menjadi tular di media sosial.
Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 50 ribu kali.
Sumber: makassar_iinfo