Lampu signal merupakan salah satu komponen penting bagi kenderaan anda. Ciri lampu itu menyala dan berkelip boleh membuatkan pengguna jalan raya lain sedar akan niat anda sama ada untuk membelok ke kiri atau ke kanan.
Walau bagaimanapun, mungkin ada antara anda yang perasan lampu signal belok berkelip lebih laju daripada kebiasaan. Itu menunjukkan bahawa ada masalah pada komponen tersebut.
Tetapi anda jangan risau, kerana pemilik akaun TikTok abangcomot ada jalan penyelesaiannya.
Rupanya mudah sahaja, apa yang anda perlu lakukan, adalah dengan periksa setiap lampu signal kereta. Jika ada salah satu lampu signal terbakar, anda hanya perlu tukar baru.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh tonton video di bawah.
Sumber : TikTok abangcomot