Kehilangan insan yang tersayang pastinya akan memberi kesan yang mendalam terhadap seseorang.
Walaupun pasti sukar untuk menerima takdir yang telah tertulis itu, namun hidup mesti perlu diteruskan.
Seperti yang terjadi ke atas seorang pengguna TikTok bernama Shaqudsi ini, perkongsian yang cukup menyentuh hati dikongsikannya dapat menggambarkan semangat dan ketabahan dirinya serta suami apabila dia terpaksa akur kepada takdir selepas kehilangan tiga orang cahaya mata ketika di usia yang masih kecil.

Pemergian ketiga-tiga cahaya matanya itu sangat memberikan kesan kepada dirinya serta suaminya.
Menurutnya seperti yang tertulis pada kapsyen video tersebut, dia menghidapi penyakit yang bernama cervical incompetence. Penyakit tersebut telah menyebabkan dia melahirkan bayinya secara pramatang.

Dalam video tersebut, dia turut berkongsikan berkenaan pengalamannya berada di hospital menunggu kelahiran bayinya. Namun begitu, kerana takdir yang telah tertulis, ketiga-tiga anaknya yang terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki telah pergi menghadap ilahi.

Lebih menyedihkan lagi ialah harapan untuk membawa pulang bayinya ke rumah tidak kesampaian dan dia terpaksa berpantang tanpa bayinya di sisi sebanyak tiga kali.

Di penghujung video tersebut, dia sempat menasihatkan kepada ibu bapa di luar sana agar menyayangi dan menghargai anak mereka sepenuh jiwa raga mereka.

Sumber: Shaqudsi
Dapat Hadiah Percuma Sampai RM598, Ni Antara ‘Laptop’ Terbaik Tahun 2021 Bateri Tahan Sampai 19 Jam