
Ramai pastinya yang pernah mengalami masalah kipas meja yang perlahan atau tidak berfungsi. Solusi yang paling mudah ialah menghantar kipas ke kedai untuk dibaiki atau membeli sahaja kipas yang baru.
Menerusi perkongsian sebuah video di akaun TikTok Aiszzy Electronics, cara untuk membaiki kipas meja sebenarnya adalah mudah dengan mengikut langkah yang betul. Hanya dalam tempoh beberapa minit, kipas meja anda yang rosak atau perlahan siap untuk digunakan seperti baru!
Video yang meraih hampir satu juta tontonan itu dibanjiri oleh warganet yang rata-ratanya berterima kasih dengan tips yang dikongsikan. Sebilangannya turut memuji kemahiran gadis tersebut dalam membaiki kipas, bidang yang dimonopoli oleh lelaki.



Summer: TikTok aiszzyelectronics