Zaman sekarang ni, dah pelbagai alatan dan teknologi yang dicipta bagi memudahkan kerja harian manusia, dari sekecil-kecil alat hingga sebesar-besarnya. Contohnya seperti troli, korang mesti dah biasa kan tengok troli di pasar raya yang kegunaannya untuk meletakkan barang yang hendak dibeli.
Kini, pelbagai bentuk troli yang terjual untuk mengangkut barangan kita tanpa perlu guna tenaga yang banyak lagi, termasuklah troli yang khas untuk dibawa apabila kita naik tangga.
Menerusi perkongsian oleh @Fakhrul912 di akaun Tiktok, troli yang dipakainya ini ada tiga roda dan boleh dilipat. Jadi, memang sangat mudah digunakan bagi mereka yang terpaksa bawa barang dapur atau barangan lain untuk naik tangga.
Ye lah, tidak semua rumah ada disediakan lif bagi mereka yang tinggal di sesetengah apartment yang banyak tingkat. Oleh itu, korang boleh cari benda ni di Shopee kalau nak beli.
Gambaran penuh troli

Boleh dilipat

Saiz bakul untuk letak barang

Roda yang senang untuk naik tangga

Lihat video penuhnya di bawah.
Sumber: Tiktok @fakhrul912
Boleh dapatkan macam-macam troli disini