Gambar hiasan

(Video) Isteri Boleh Failkan Cerai Kalau Suami Mati Pucuk? Ini Jawapan Peguam

Edayu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Penceraian adalah satu perkara yang paling ditakuti oleh sesetengah masyarakat, malah tidak kurang juga ada pula yang ‘ternanti-nanti’ perkara ini berlaku, tidak kira lelaki mahupun wanita. Hairan kan?

Secara logiknya, setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan kebahagiaan dan kebahagiaan dalam rumahtangga. Mana ada rumahtangga yang tidak ada ujian kan?

Bak lirik lagu Allahyarham P.Ramlee, “Sedang lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.” Dalam bait lagu ini sudah membuktikan bahawa setiap pasangan pastinya akan menempuh dugaan bersama.

Namun, janganlah kita lihat isu penceraian ini dalam skala negatif sahaja. Mungkin ada sesetengah orang, apabila lepas bercerai mereka lebih bahagia. Sudah kita sedia maklum banyak yang boleh jadi asbab punca-punca penceraian boleh berlaku.

Gambar Sekadar Hiasan

Seperti satu perkongsian daripada seorang peguam syarie yang cukup dikenali, Tuan Fahmi Ramli memberi penjelasan tentang seorang isteri boleh memfailkan penceraian jika suaminya didiagnos penyakit ‘mati pucuk’.

Menerusi penjelasannya di dalam video ini, jika seorang wanita memfailkan penceraian kepada sang suami yang menghidap penyakit mati pucuk, ia tidak menjadi satu kesalahan kerana nafkah batin adalah nafkah yang wajib untuk diberi oleh suami ke atas isteri.

Apa yang akan berlaku jika suami tidak mahu bercerai?

Jelasnya, isteri boleh failkan fasakh di bawah Sekyen 53 Keluarga Islam. Perkara ini sangat penting kerana kuasa talak ada pada suami, tetapi kuasa fasakh ada pada hakim syarie, dengan syarat si isteri ada bukti bahawa suami mati pucuk.

Namun proses penceraian bukanlah mudah, si isteri perlu tunjuk bukti-bukti terperinci mengenai perubatan dan sebagainya kepada mahkamah.

Tetapi jika kedua-dua pihak bersetuju dan si suami mengaku alami penyakit tersebut maka kes penceraian ini boleh diproses seperti kes penceraian biasa.

Bagaimanapun, sebelum melakukan apa-apa penceraian, setiap pasangan perlukan berbincang dahulu untuk perkara yang lebih baik.

Korang boleh tonton video di bawah untuk lebih memahami.

Sumber: FahmiRamli